8,000 pengunjung lawat Rumah Terbuka Istana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh
Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (7 Mei) sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh.
SINGAPURA: Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (7 Mei) sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh.
Permohonan tiket masuk tidak lagi diperlukan.
Ini menyusuli pelonggaran lanjut langkah-langkah COVID-19
Seawal pukul 9.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membeli pas masuk untuk melawat bangunan utama Istana yang kembali dibuka kepada umum.
Meskipun acara-acara rumah terbuka disambung semula pada Ogos lalu, para pengunjung hanya dapat melawat taman-taman di sekitar pekarangan Istana.
Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamad Abdullah Alhabshee menyambut kunjungan orang ramai di pekarangan Istana dan Taman Inklusif.

Beberapa pengunjung yang ditemui BERITAmediacorp ghairah dapat melawat Istana pada Hari Raya ini.
"Gembira sekali, sebab hari ini pun hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-50, jadi gembira sangatlah," kata Cik Sahedah Mohd Sidek, 71 tahun.
"Saya rasa berbesar hati dapat dijemput ke sini untuk melihat Istana sebab sudah lama tidak keluar kan, jadi gembiralah dapat tunjuk kepada anak perasaan atau suasana di Istana pada Hari Raya juga," kata Ariff Masjury, yang merupakan salah seorang tetamu undangan istimewa ke Istana.
Selain ribuan pengunjung yang hadir, Puan Halimah juga menyambut kedatangan tetamu undangan istimewa dari pusat prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.