Skip to main content

Singapura

8,000 isi rumah di CDC Barat Laut akan terima lebih banyak bantuan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Dec 2022 09:03PM Dikemas Kini : 10 Dec 2022 10:25PM
SINGAPURA: Hampir 8,000 isi rumah kurang berkemampuan yang tinggal di daerah Barat Laut bakal menerima lebih banyak bantuan dalam bentuk bekalan makanan.

Ini menerusi satu inisiatif kemasyarakatan diperluaskan, yang mengagihkan pek jagaan mengandungi barangan makanan.

Jumlah penerima kali ini adalah lebih tinggi berbanding sekitar 7,300 isi rumah sebelum ini.

Pek jagaan bernilai sekitar $50 itu tidak akan lagi diagihkan setahun sekali. Ia kini akan diagihkan dengan lebih kerap, iaitu empat kali setahun.

Dengan bantuan itu, ia diharap dapat mengurangkan kesan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Skim itu diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut pada 2014.

Sejak itu, ia telah diperluaskan untuk meliputi skim-skim kebajikan di daerah tersebut.

Sebelum ini, hanya mereka yang disenaraikan di bawah Skim Sewa Awam akan menerima pek jagaan tersebut.

Datuk Bandar CDC Barat Laut berkata inisiatif itu dilancarkan hasil maklum balas daripada para penduduk dan pertubuhan-pertubuhan akar umbi.

"Kami akan memberikan para penduduk pilihan.Sebelum ini, beg cenderahati dan beg runcit dibungkus terlebih dahulu. Namun kini, kita mempunyai gerai-gerai yang membolehkan para penduduk datang dan memilih sendiri barang yang mereka inginkan," kata Datuk Bandar CDC Barat Laut, Alex Yam.

Semasa menghadiri pelancaran skim itu, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata inisiatif itu melengkapkan skim-skim sedia ada yang dilaksanakan pemerintah.

Semua itu katanya menyokong para penduduk yang memerlukan.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita