Skip to main content

Singapura

800 Super buka rasmi kemudahan bersepadu jana kuasa, rawat sisa bernilai S$130 juta

Syarikat pengurusan sisa 800 Super hari ini (2 Dis) membuka rasmi loji jana kuasa dan rawatan sisa baru bernilai lebih S$130 juta. Ia beroperasi dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2019 07:51PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 08:55PM

SINGAPURA: Syarikat pengurusan sisa 800 Super hari ini (2 Dis) membuka rasmi loji jana kuasa dan rawatan sisa baru bernilai lebih S$130 juta. Ia beroperasi dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Kemudahan terbaru di Tuas itu seluas 21,000 meter persegi atau saiz tiga padang bola sepak.

Ia menempatkan loji jana kuasa biojisim 800 Super yang menggunakan sisa hortikultur untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Sebahagian kuasa elektrik disalurkan ke loji rawatan yang merawat lumpur dari loji pemulihgunaan air Singapura.

Proses tersebut melibatkan penghasilan wap yang selanjutnya digunakan untuk mencuci, menggosok dan mensteril cucian pernigaan dobi syarikat itu.

Wap yang dihasilkan juga akan digunakan untuk kilang memproses makanan haiwan syarikat tersebut, yang dibuka tahun depan, dan membersihkan tangki-tangki pihak ketiga.
 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita