Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

800 pesakit bergaji rendah akan terima kit ujian percuma pantau paras gula dalam darah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Dec 2022 06:58PM Dikemas Kini : 15 Dec 2022 09:34PM
SINGAPURA: Membantu menguruskan penyakit kencing manis tanpa bimbang tentang kos.

Dalam usaha itu, 800 pesakit berpendapatan rendah di Singapura akan menerima kit percuma untuk memantau sendiri bacaan paras gula dalam darah.

Kit itu akan membantu para pesakit mendapatkan jagaan yang diperlukan memandangkan ujian kendiri boleh menelan belanja sehingga $1,000 setahun.

Pengurus Besar Roche Singapore, Encik Bryan Koh, berkongsi harapan syarikatnya itu untuk meringankan beban para pesakit yang berpendapatan rendah yang benar-benar perlu mengawal penyakit kencing manis dengan lebih baik, tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab masalah kewangan.

"Pada masa yang sama, kami juga ingin sebarkan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk memantau sendiri bacaan paras gula dalam darah," tambah Encik Koh.

Kit-kit tersebut terdiri daripada alat pemantau gula dalam darah

serta bekalan strip ujian dan jarum bagi tempoh enam bulan.

Badan amal Diabetes Singapore juga akan memberi nasihat kepada para penerima tentang cara menguruskan penyakit mereka.

Para pesakit perlu menjalani ujian kesihatan selepas enam bulan.

Kit jagaan mereka akan ditambah sekiranya penyakit mereka dapat diuruskan dengan baik.

Program selama setahun itu akan bermula dengan melibatkan para pesakit di Daerah Barat Daya.

Semasa pelancarannya, Datuk Bandar CDC Barat Daya Low Yen Ling berkata para pesakit di merata negara akan dapat meraih manfaat daripada bantuan tersebut pada masa hadapan.

Encik Low menambah: "Kerjasama awam-swasta antara Diabetes Singapore dengan Roche ini akan membolehkan mereka yang menghidapi penyakit kencing manis mengakses mekanisme dan peralatan jagaan terkini, serta pengalaman yang lebih selamat dan selesa semasa menjalani rawatan sendiri."
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan