800 pelajar dirujuk kepada HSA berkait penggunaan vape pada 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai lapan ratus pelajar dari sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IHL) ditangkap menghisap vape dan dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 2022.
Demikian menurut Menteri Kedua Pendidikan Maliki Osman pada Selasa (3 Okt).
Pengunaan vape mungkin satu masalah yang kurang dikesan dalam kalangan pelajar, tambah beliau, sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) tentang berapa ramai daripada mereka yang sudah dirujuk kepada HSA kerana menghisap vape dalam tempoh lima tahun lalu.
Sebelum 2020, jumlah pelajar dari sekolah-sekolah dan IHL yang dirujuk kepada HSA atas kesalahan menghisap vape kurang dari 50, kata Dr Maliki.
HSA, Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) "bimbang" tentang situasi penggunaan vape, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga dalam masyarakat, menurut Dr Maliki lagi.
MOE sedang bekerjasama dengan lagi tiga badan pemerintah untuk mengukuhkan pengesanan, penguatkuasaan dan pendidikan, kata Dr Maliki.
“Selain pemeriksaan penguatkuasaan, sekolah-sekolah dan IHL kita sudah mempertingkat pendidikan pencegahan untuk menyampaikan kesan bahaya vape ke atas kesihatan seseorang. Kami meminta kerjasama keluarga dan masyarakat secara kesuluruhannya untuk mengukuhkan mesej ini untuk mengelakkan trend yang membimbangkan ini daripada bertambah buruk."
Pengunaan vape diharamkan di Singapura. Pesalah boleh didenda sehingga S$2,000.
Selain itu, perbuatan mengimport, mengedarkan dan menjual produk sedemikian juga diharamkan.
Pesalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Pesalah berulang berdepan hukuman yang lebih berat.
Walaupun menggunakan, membeli dan memiliki vape sudah diharamkan di Singapura sejak Februari 2018, produk tersebut terus dijual online dan diseludup masuk ke negara ini.
Jumlah orang yang ditangkap memiliki dan menggunakan vape semakin meningkat. Seramai 4,916 orang ditangkap atas kesalahan itu pada 2022, berbanding 4,697 pada tahun sebelumnya dan 1,266 pada 2020, menurut perangkaan HSA.
Di sekolah-sekolah, mesej-mesej mengenai bahaya merokok dan menggunakan vape sudah dimasukkan dalam kurikulum, kata Dr Maliki, sebagai menjawab soalan tambahan daripada Cik Pereira mengenai sama ada terdapat rancangan untuk memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menangani isu itu.
Sebagai contoh, pelajar darjah empat, lima dan enam diajar dalam kelas pendidikan jasmani bahawa semua produk tembakau berbahaya kepada kesihatan dan kecergasan, tambahnya.
Melalui Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), pelajar belajar mengenal pasti tingkah laku impulsif atau terburu-buru dan ketagihan, kemudaratannya terhadap kesihatan mental dan fizikal seseorang, serta mengurus pengaruh negatif rakan sebaya, kata Dr Maliki.
"Kami juga menerangkan kepada pelajar mengenai kesan berbahaya bahan yang terdapat dalam produk, serta akibatnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat yang dibincangkan di peringkat menengah rendah."

Sumber : CNA/EV/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.