Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

800 'mat motor' kumpul lebih S$32,000 bagi kanak-kanak sakit barah

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang menunggang motosikal buat pertama kalinya selepas lebih 20 tahun, sertai konvoi amal untuk Yayasan Barah Kanak-Kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2022 07:32PM Dikemas Kini : 14 Aug 2022 08:56PM
SINGAPURA: Lebih S$32,000 berjaya dikumpulkan oleh 800 penunggang motosikal yang menyertai acara konvoi amal untuk Yayasan Barah Kanak-Kanak.

Jumlah wang itu adalah yang paling tinggi dikumpulkan perusahaan sosial Riders Aid Singapore setakat ini.

Acara itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang menunggang motosikal buat pertama kalinya selepas lebih 20 tahun.

DPM Wong berkata: "Saya harap semangat setiakawan ini, semangat perpaduan ini akan menjadi sesuatu yang kita terus hargai sebagai rakyat Singapura supaya kita dapat, dengan semangat perpaduan yang kukuh ini, kita pasti dapat menempuhi segala cabaran yang akan datang dan mempunyai masa depan yang lebih baik."
DPM Lawrence Wong bersama para anggota Riders Aid Singapore. (Gambar: MOF/MCI)
Para peserta lain termasuk penderma dan mereka dari Malaysia.

Mereka menunggang motosikal dari Tampines ke Loyang.

Ini juga merupakan kali pertama Riders Aid Singapore mengadakan semula acara amal tersebut setelah COVID-19 melanda.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk memberi bantuan kewangan kepada pesakit serta membiayai program-program untuk membantu mereka pulih dan membangunkan semula kehidupan.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan