Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

800 keluarga ComLink+ boleh raih manfaat daripada inisiatif Gift-A-Family

Anggaran Waktu Membaca:
800 keluarga ComLink+ boleh raih manfaat daripada inisiatif Gift-A-Family

Flat sewa di Singapura. (Gambar fail: MCI)

Diterbitkan : 01 Dec 2024 09:39PM Dikemas Kini : 01 Dec 2024 09:42PM
SINGAPURA: Inisiatif Gift-A-Family kini dibuka kepada lebih 800 keluarga ComLink+ di kawasan flat sewa awam Jurong West, dengan rancangan untuk meluaskan lagi inisiatif tersebut di merata negara.

Gift-A-Family adalah program yang dijalankan bagi pelancaran awal dua tahun lalu, dengan kira-kira 100 keluarga meraih manfaat daripadanya.

Antara kursus yang diambil termasuk diploma dalam Sumber Manusia, dan kelas memandu supaya pencari nafkah dalam keluarga dapat menjadi pekerja penghantaran.

Di bawah ComLink+, keluarga dengan kanak-kanak yang menetap di flat sewa, dibimbing oleh pelatih keluarga dan pendamping sukarela.

Dengan inisiatif Gift-A-Family, lebih banyak orang juga boleh meluahkan minat mereka dalam kursus-kursus tertentu, yang kemudiannya akan dibawa kepada penderma dan penaja.

"Gift-A-Family adalah untuk masyarakat, daripada masyarakat. Rakan kongsi Gift-A-Family kami boleh jadi pendamping sukarela, yang membantu keluarga dan memberi mereka semangat," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee.

"Dan mereka boleh menyebarkan semangat Gift-A-Family kepada kenalan mereka, serta menggalakkan orang lain untuk menyertai inisiatif ini," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan