80% warga S'pura lakukan kebaikan secara spontan
Sekitar 80 peratus rakyat tempatan melakukan kebaikan secara spontan dalam kehidupan harian mereka.
SINGAPURA: Sekitar 80 peratus rakyat tempatan melakukan kebaikan secara spontan dalam kehidupan harian mereka.
Ini termasuk memberi tempat duduk mereka kepada orang lain di dalam kereta api.
Satu tinjauan Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) mendapati mereka yang berbuat baik secara spontan juga lebih cenderung untuk melakukan kerja sukarela dan menderma wang.
Buat pertama kalinya tinjauan itu turut memberi tumpuan kepada sikap pengguna yang bertanggungjawab seperti membeli produk-produk mesra alam. Golongan muda didapati lebih ramai mengamalkan perbuatan sedemikian.
Tinjauan itu juga mendapati kadar menderma dalam talian serta pendaftaran bagi kerja-kerja sukarela masih rendah.
Meskipun kebanyakan daripada rakyat Singapura mempunyai niat untuk menjadi sukarela atau menderma, perbuatan menyumbang kepada masyarakat menduduki tangga ke-14 dalam senarai keutamaan, di bawah komitmen keluarga dan kewangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.