Skip to main content

Singapura

80% penduduk SG mahu lebih banyak usaha dilakukan tangani ketidaksamaan jantina: Tinjauan SG Her Empowerment

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 80 peratus penduduk Singapura akur, lebih banyak perlu dilakukan untuk menangani ketidaksamaan jantina.

Satu tinjauan oleh pertubuhan tidak mengambil untung, SG Her Empowerment mendedahkan bahawa tanggapan berhubung jantina sebenarnya begitu tertanam dalam kalangan masyarakat.

Tinjauan tersebut mendapati, tanggapan sedemikian menjejas pengalaman di tempat kerja, rumah dan juga online.

Dalam satu simposium berhubung isu kesaksamaan jantina itu, para peserta membincangkan huraian untuk mengatasinya.

Merujuk kepada laporan berasingan berhubung wanita dan lelaki sebagai pemimpin, belia Singapura didapati kurang bersikap berat sebelah terhadap wanita, jika dibanding dengan rakan sebaya di negara-negara lain di dunia.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita