Skip to main content

Singapura

80% pelajar SG bawah 18 tahun mahu kelas celik media di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 80 peratus pelajar bawah usia 18 tahun di Singapura percaya bahawa sekolah seharusnya menyediakan kelas celik media dalam kurikulum.

Bagaimanapun, menurut dapatan firma penyelidikan pasaran global, Milieu Insight - para pelajar berbelah bahagi terhadap keberkesanan usaha-usaha sedia ada.

Para pakar pula berpendapat, kelas celik media perlu lebih unik bagi menarik perhatian golongan muda.

Menurut para pakar, golongan tersebut juga perlu diajar tentang nilai-nilai berkongsi secara bertanggungjawab.

Tinjauan Milieu Insight mendapati, lebih 60 peratus belia berusia bawah 18 tahun pernah terdedah kepada berita palsu.

Kebanyakannya menerusi wadah media sosial seperti Instragram dan TikTok.

Hampir separuh belia meluangkan masa sekitar tiga hingga empat jam sehari di media sosial.

Bagi membantu pelajar mengenal pasti dan mengurangkan kesan maklumat salah, Kementerian Pendidikan (MOE) menganjurkan kelas celik media menerusi program Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegeraan (CCE).

Secara purata, sekolah-sekolah mengendalikan kelas CCE selama dua jam setiap minggu.

Ia mengajar pelajar untuk menilai jika sesebuah sumber maklumat boleh dipercayai, selain memeriksa faktor serta kesan kepalsuan online.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita