Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

80% pekerja S'pura ingin terus bekerja dari rumah selepas 'circuit breaker'

Lapan daripada setiap 10 pekerja di Singapura ingin terus bekerja dari rumah sekurang-kurangnya separuh daripada waktu kerja atau lebih daripada itu selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
80% pekerja S'pura ingin terus bekerja dari rumah selepas 'circuit breaker'

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederic J Brown)

Diterbitkan : 29 Apr 2020 10:17PM Dikemas Kini : 29 Apr 2020 10:22PM

SINGAPURA: Lapan daripada setiap 10 pekerja di Singapura ingin terus bekerja dari rumah sekurang-kurangnya separuh daripada waktu kerja atau lebih daripada itu selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir. Namun hampir separuh pekerja (46 peratus) berkata bahawa mereka kurang produktif di rumah, menurut dapatan satu tinjauan.

Dapatan tinjauan itu, yang diterbitkan pada Rabu (29 April), juga mendedahkan bahawa hanya 10 peratus pekerja tidak mahu terus bekerja dari rumah setelah tempoh pemutus jangkitan selama lapan minggu yang bermula pada 7 April untuk memperlahankan penularan COVID-19 berakhir kelak. Ia dijadual berakhir pada 1 Jun.

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pemutus jangkitan, penutupan perniagaan yang tidak penting dan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan menyebabkan ramai pekerja Singapura bekerja dari rumah. Sebanyak 15 peratus daripada tenaga kerja negara ini - iaitu sekitar 3.5 juta setakat sehingga hujung tahun lalu, tidak termasuk pembantu rumah asing - masih berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

Tinjauan itu - dijalankan oleh syarikat pemula EngageRocket, Institut Karyawan Sumber Manusia dan Institut Sumber Manusia Singapura - mengumpulkan lebih 2,700 respons mengenai sentimen tempat kerja di Singapura sejak 13 April.

Tinjauan itu mendapati perbezaan generasi pada daya penghasilan dalam kalangan pekerja:

  • Daya penghasilan pekerja lebih muda yang berusia 21 hingga 30 tahun kurang berkemungkinan terjejas oleh aturan bekerja dari rumah.
  • 40 peratus pekerja yang lebih muda mengatakan bahawa mereka kurang produktif berbanding sebelum ini jika dibandingkan dengan 49 peratus pekerja yang lebih tua berusia antara 40 hingga 53 tahun.

Cabaran utama yang dihadapi pekerja yang melaporkan daya penghasilan yang rendah adalah:

  • Bekerja lebih lama dari biasa (22 peratus)
  • Kekangan praktikal seperti kehadiran ahli keluarga mereka, ruang yang sempit dan daya tumpuan terganggu (22 peratus)
  • Tidak upaya untuk mengakses sumber dan peralatan yang biasanya tersedia di pejabat (21 peratus)

Tinjauan itu juga mendapati 26 peratus pekerja mengalami paras stres yang lebih tinggi sepanjang tempoh tersebut, dengan sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan mengenai:

  • - Kesan virus korona terhadap kesihatan dan ekonomi Singapura (67 peratus)
  • - Kesan bekerja dari rumah ke atas daya penghasilan dan prestasi mereka (64 peratus)
  • - Kemungkinan anggota keluarga dijangkiti COVID-19 (57 peratus)

KESAN MENDALAM TERHADAP MASA DEPAN KERJA

Encik Leong Chee Tung, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif (CEO) EngageRocket mengatakan keperluan untuk mendampingi pekerja dengan berkesan adalah "faktor kritikal" dalam menentukan betapa pantas syarikat dapat bangkit semula apabila ekonomi pulih daripada pandemik ini.

Encik Mayank Parekh, CEO Institut Karyawan Sumber Manusia berkata bahawa krisis COVID-19 akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masa depan pekerjaan mereka.

Misalnya, ia menamatkan perbahasan mengenai sama ada syarikat harus menawarkan pilihan bekerja dari rumah bagi kakitangan mereka.

"Langkah seterusnya untuk banyak syarikat, bagaimanapun, adalah menggabungkan kelonggaran ini dengan program pendampingan pekerja yang membantu mengurangkan cabaran pada daya penghasilan," kata beliau lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan