Skip to main content

Singapura

80% pekerja dari 5 negara ASEAN lebih memilih aturan kerja fleksibel: Tinjauan UOB

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Sep 2022 07:19PM Dikemas Kini : 19 Sep 2022 10:36PM
SINGAPURA: Hampir separuh daripada kesemua rakyat Singapura sudah kembali ke tempat kerja sepenuh masa.

Satu tinjauan UOB yang meninjau hampir 3,500 orang dari lima negara ASEAN mendapati lebih 80 peratus pekerja lebih memilih aturan kerja yang lebih fleksibel.

Sementara itu, 40 peratus yang ditinjau rela untuk melepaskan sekitar 10 peratus hingga 50 peratus daripada bonus mereka bagi menikmati aturan kerja fleksibel. Perangkaan yang sama juga sanggup untuk menukarkannya dengan separuh daripada jumlah cuti berbayar mereka.

Di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat di tempat kerja, aturan kerja fleksibel menjadi permintaan tertinggi para pekerja tempatan.

Hampir separuh yang ditinjau juga melaporkan bahawa mereka menghadapi tekanan dari segi mental.

Malah, kebimbangan berhubung kewangan bagi para pekerja di Singapura mendahului carta bagi kesemua negara yang ditinjau.

Ini mungkin disebabkan kos harga rumah yang semakin meningkat dan kenaikan harga GST akan datang.

Kebimbangan berhubung pekerjaan berada di tangga kedua dan ia termasuk masalah kesukaran untuk mencari pekerjaan serta kehilangan bonus.

Bagaimanapun, hampir 70 peratus rakyat tempatan menyatakan mereka merancang untuk tetap kekal dalam pekerjaan mereka sepanjang tahun ini.

Ini kerana mereka mahukan kestabilan di tengah-tengah ketidakstabilan ekonomi sekarang.

Namun, separuh daripada mereka yang berusia 24 hingga 39 tahun mahu berhenti daripada pekerjaan masing-masing.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita