Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

80 pegawai bomba dikerah padamkan kebakaran di bengkel kitar semula sisa Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
80 pegawai bomba dikerah padamkan kebakaran di bengkel kitar semula sisa Tuas

Sekitar 80 pegawai bomba dikerahkan untuk memadamkan api kebakara di nombor 10 Tuas View Square. (Gambar: SCDF)

SINGAPURA: Lapan puluh pegawai bomba dan 17 kenderaan kecemasan dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang meletus di sebuah bengkel kitar semula sisa di Tuas pada Isnin (4 Jul).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di 10 Tuas View Square sekitar pukul 12.25 tengah hari.

Kebakaran itu, yang melibatkan sisa kertas dan produk elektronik, berlaku di tingkat tiga bengkel tersebut, menurut SCDF dalam catatan Facebook.

"Di puncak operasi memadamkan api, keseluruhannya empat jet air digunakan untuk mengawal dan mencegah kebakaran daripada merebak," tambahnya.

"Pegawai bomba kemudian bergerak dengan berhati-hati ke dalam bangunan itu untuk memadamkan api di lantai terjejas."

Sembilan orang dipindahkan sebelum pegawai bomba tiba di tempat kejadian, menurut SCDF sambil menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa satu setengah jam.

SCDF menyatakan punca kebakaran masih disiasat.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan