Skip to main content

Singapura

80 kanak-kanak pelbagai kaum bina daya tahan, erat persahabatan melalui bola sepak

Mewujudkan masyarakat inklusif dan meraikan keharmonian melalui bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mewujudkan masyarakat inklusif dan meraikan keharmonian melalui bola sepak.

Itulah antara matlamat sebuah kem bola sepak yang menghimpunkan 80 kanak-kanak pada cuti sekolah ini.

Kem yang diadakan buat kali ketiga itu dianjurkan bersama dengan Yayasan MENDAKI, Persatuan Serani (EA), Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC) dan Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA).

Peserta turut berpeluang menonjolkan bakat dalam satu perlawanan persahabatan.

"Bola sepak ini memberi peluang kepada murid-murid kita semua daripada berbilang kaum dan bangsa untuk berinteraksi secara sihat melalui sukan. Ia juga akan memberi mereka saling persefahaman dan saling menghormati antara satu sama lain, ujar Timbalan Pengarah, Perform in School, Yayasan MENDAKI, Encik Fairoz D’Cruz kepada BERITAmediacorp.
Antara 80 kanak-kanak yang menyertai kem bola sepak. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Menteri Negara bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Encik Baey Yam Keng turut hadir di majlis penyampaian anugerah pada Jumaat (13 Jun), memuji semangat kesukanan dan kerjasama yang ditonjolkan, sambil menekankan pentingnya memupuk nilai inklusif dalam kalangan belia.

Selain meningkatkan kemahiran bola sepak, kem itu turut menekankan pembinaan daya tahan dan jalinan persahabatan merentas kaum.

Salah seorang peserta, Hyrul Aqmaruzair Hairulrizam, 12 tahun, berkata: "Pengalaman saya bagus kerana dapat berjumpa dengan kawan baru dan bermain bersama. Saya berasa bangga kerana saya boleh bermain di sini dengan para jurulatih yang bagus," kongsi Hyrul.
Sumber : BERITA Mediacorp/NA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita