80 biasiswa A*Star iktiraf bakat bidang penyelidikan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Sebanyak 80 biasiswa A*Star disampaikan pada Jumaat (5 Ogos) di Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa A*Star, yang turut dihadiri Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Dalam ucapannya di majlis tersebut, Dr Tan menekankan penyelidikan, inovasi dan perusahaan sebagai asas untuk membantu Singapura kekal berdaya saing dan berjaya.
Dr Tan juga menggalak penerima biasiswa supaya menjalin kerjasama dengan mereka yang terlibat dalam ekosistem lain untuk sama-sama menghasilkan huraian bagi kemaslahatan dunia, dalam mereka meneruskan pengajian dan seterusnya, kerjaya dalam bidang penyelidikan.
"Ini termasuk bukan sahaja para saintis lain tetapi juga perniagaan-perniagaan dan agensi-agensi pemerintah, yang boleh menawarkan kepakaran atau sumber-sumber untuk membawa penyelidikan anda ke tahap seterusnya," tambah Dr Tan lagi.
A*Star menegaskan peranan pertubuhan itu untuk membina saluran bakat yang sejajar dengan bahagian strategik kepentingan negara. Ia termasuk kajian dalam aspek seperti pengangkutan, kemampanan dan teknologi digital.
Encik Hamzah Kamaruddin, 25 tahun, merupakan antara penerima anugerah Biasiswa Siswazah A*Star tahun ini. Minatnya dalam bidang penyelidikan
bermula sejak di universiti, mempelajari sains bahan dan kejuruteraan. Beliau akan memulakan pengajian PhD dalam penyelidikan permukaan logam untuk aplikasi komersil.
Lebih 1,700 biasiswa A*Star diberikan sejak 2001 kepada mereka yang berbakat untuk melanjutkan pengajian di peringkat PHD dan selanjutnya.
Tujuannya adalah untuk memupuk graduan tempatan bagi menghuraikan pelbagai cabaran yang dihadapi di peringkat nasional. Ia termasuk isu penduduk yang semakin menua, kemampanan dan jaminan bekalan makanan.

Sumber : CNA/AM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.