80 belia berbilang kaum dan agama buka puasa bersama, dalami Ramadan dan budaya Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 80 belia daripada pelbagai kaum dan latar belakang agama menyertai acara berbuka puasa bersama dalam acara anjuran kumpulan seni belia VARIASI pada Sabtu (7 Mac), bagi memperdalamkan pemahaman tentang bulan Ramadan serta tradisi dan amalan masyarakat Melayu/Islam.
Acara yang dianjurkan buat kali kelima itu juga menandakan kali pertama VARIASI menghimpunkan peserta daripada kaum lain untuk turut serta berbuka puasa bersama.
Menurut Pengerusi VARIASI, Raja Hamzah Raja Zulkifli, tujuannya adalah untuk mengukuhkan lagi keharmonian yang sedia terjalin antara berbilang kaum dan agama di Singapura.
"Kami ingin mempromosikan keharmonian kerana kita mempunyai kekuatannya di situ, iaitu keharmonian kaum di Singapura ini. Jadi setiap sambutan pesta perayaan harus disambut dengan masyarakat yang lain dan supaya mereka dapat memahami budaya dan juga bahasa juga cara agama kita terutamanya dalam bulan Ramadan dan bagaimana kita menyambut hari raya," jelas Encik Raja Hamzah.

Selain memahami budaya dan tradisi masyarakat Melayu/Islam, acara tersebut turut membuka peluang bagi Persatuan Kebudayaan Hui Hui untuk berkongsi amalan budaya masyarakat Cina Islam sepanjang bulan Ramadan.
"Kali ini, kerjasama bersama Persatuan Budaya Hui Hui merupakan satu lembaran yang baru, pembuka wadah untuk kita semua di mana kita dapat bekerjasama. Kita dapat memahami bagaimana mereka mempraktikkan Ramadan dan budaya mereka nilai mereka sebagai Komuniti Cina Islam di Singapura," kata Encik Raja Hamzah.
Acara bertemakan “Ramadan dalam Keharmonian” itu dianjurkan dengan sokongan OnePeople.sg dan turut menyediakan platform bagi para belia berkongsi perspektif tentang Ramadan dalam suasana interaktif.
Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan Rahayu Mahzam selaku tetamu kehormat menyifatkan acara sedemikian sebagai satu ruang selamat bagi masyarakat bukan Islam memahami makna Ramadan dengan lebih mendalam

"Ia mempermudahkan perbincangan soalan dan orang kata siapkan satu ruang yang selamat untuk kita berbincang tentang perkara-perkara yang lebih mendalam. Jadi saya rasa sebenarnya perkara-perkara yang macam mungkin nampak kecil. Tapi jika kita bina kita pupuk, ianya mengeratkan hubungan silaturrahim dan membolehkan kita menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang," kata Cik Rahayu.
Sepanjang 25 tahun, VARIASI telah memainkan peranan dalam mempromosikan kepelbagaian seni dan penghayatan budaya di Singapura, khususnya dalam kalangan belia.
Menerusi acara seperti ini, pihak penganjur berharap lebih ramai masyarakat daripada pelbagai latar belakang dapat memahami dan menghargai tradisi Ramadan serta memperkukuh keharmonian masyarakat di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.