Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 syarikat ambil bahagian dalam program perintis iktiraf amalan lindungi data peribadi

Menteri Perhubungang dan Penerangan S Iswaran mendedahkan bahawa lapan syarikat tempatan akan mengambil bahagian dalam skim perintis bagi menggalak amalan-amalan perlindungan data yang baik. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jul 2018 04:23PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 09:55PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) akan menyiasat serangan siber SingHealth baru-baru ini yang menyebabkan data peribadi 1.5 juta pesakit dicuri.

Ia akan mengambil kira laporan Jawatankuasa Siasatan (COI) sebelum menentukan jika sebarang tindakan perlu diambil.

Ini diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran dalam Seminar Perlindungan Data Peribadi Keenam hari ini (25 Jul).

Siasatan itu akan membantu memulihkan keyakinan orang ramai sementara pemerintah menjalankan langkah-langkah yang perlu untuk memperkukuh sistem-sistem ITnya.

Encik Iswaran turut mendedahkan bahawa lapan syarikat tempatan akan mengambil bahagian dalam skim perintis bagi menggalak amalan-amalan perlindungan data yang baik.

Skim yang dipanggil Tanda Kepercayaan Perlindungan Data (DPTM) itu ditauliah tiga badan penilaian bebas dan selaras dengan piawai antarabangsa.

Pensijilan itu sah untuk tiga tahun dan pertubuhan-pertubuhan yang ditauliah boleh menggunakan dan memaparkan logonya sepanjang tempoh tersebut.

"Pensijilan Perlindungan Data ini menjadi kaedah untuk mengiktiraf amalan-amalan perlindungan data pertubuhan-pertubuhan, termasuk dasar-dasar serta amalan perlindungan data yang wajar serta langkah-langkah yang mencukupi untuk mengesan dan menangani risko perlindungan data di samping pelan tindak balas pencerobohan data yang mantap," kata Encik Iswaran.

DBS merupakan salah satu daripada lapan pertubuhan yang mengambil bahagian dalam skim perintis itu, bagi membantu memuktamadkan rangka kerja Tanda Kepercayaan.

IMDA menyatakan bahawa syarikat-syarikat masih boleh mendaftarkan diri bagi skim perintis itu sebelum hujung September.

Pelancaran rasmi skim tersebut dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan