8 sekolah menengah akan berentap di peringkat separuh akhir Cepat Tepat 2.0 pada 27 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Pertandingan Cepat Tepat 2.0 sedang berlangsung dengan rancak. (Gambar: MLLPC)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Seramai 40 pelajar daripada lapan sekolah menengah bakal bersaing di peringkat separuh akhir edisi Kuiz Cepat Tepat 2.0 yang akan diadakan pada Sabtu (27 Jun).
Mereka adalah antara 220 pelajar daripada 44 sekolah menengah di Singapura yang menyertai Kuiz Cepat Tepat 2.0, yang buat julung-julung kalinya diadakan bagi pelajar sekolah menengah tempatan.

Buat kali pertama juga, peringkat separuh akhir Kuiz Cepat Tepat 2.0 akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi mewatch dan saluran Mediacorp di YouTube dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Diadaptasi daripada rancangan asal untuk murid sekolah rendah, Kuiz Cepat Tepat 2.0 menguji pengetahuan serta pemahaman pelajar tentang bahasa dan budaya Melayu.
8 SEKOLAH MENENGAH BAKAL BERENTAP
Lapan sekolah yang akan bertanding di peringkat separuh akhir ialah Sekolah Menengah Ang Mo Kio, Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh), Sekolah Menengah Greendale, Sekolah Menengah Kranji, Sekolah Menengah Ngee Ann, Raffles Institution, Sekolah Menengah Westwood dan Sekolah Menengah Yishun Town.
Kuiz Cepat Tepat 2.0 diterbitkan bersama oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan Mediacorp.

Ia memberi tumpuan kepada penyertaan pelajar daripada Menengah 1 hingga Menengah 3 melalui empat peringkat pertandingan sebelum mara ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.
Antara objektif utama kuiz ini adalah untuk menyediakan platform bagi pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam Bahasa Melayu, selain menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu di luar bilik darjah.

Empat sekolah terbaik daripada peringkat separuh akhir kemudian bakal merebut gelaran juara di peringkat akhir, yang dijadual bersiaran di saluran Suria dan mewatch pada 30 Ogos pukul 8.30 malam.
Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pengerusi MLLPC, Dr Syed Harun Alhabsyi, dijangka hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi menyaksikan pertandingan akhir tersebut dan menyampaikan hadiah.
Orang ramai boleh melayari laman rasmi https://mllpc.moe.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan-kegiatan MLLPC.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.