8 remaja lelaki diberkas atas gangguan awam di Hougang
Lapan remaja lelaki berusia antara 12 dengan 15 tahun diberkas pada Khamis (12 Nov) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kejadian gangguan awam (public nuisance) berkaitan satu 'prank' di Hougang.
Seorang individu dalam keadaan bergari. (Gambar fail: iStock)
- The Singapore Police Force arrested eight boys aged 12 to 15 on Nov 12 after receiving a report of public nuisance at a house in Hougang Avenue 8 between September and November.
- They are suspected of taking part in an online prank by repeatedly turning up late at night to knock on doors and windows before running away, disturbing and distressing residents and neighbours.
- Police identified them through ground investigations and CCTV footage. Four other teenagers assisted with investigations, and all 12 teenagers are being investigated as efforts to identify other individuals continue.
- The SPF warned the public not to take part in online pranks or challenges that could amount to crimes. If convicted of public nuisance, offenders may be jailed for up to three months, fined S$2,000, or both.
- Pasukan Polis Singapura memberkas lapan remaja lelaki berusia 12 hingga 15 tahun pada 12 November selepas menerima aduan gangguan awam di sebuah rumah di Hougang Avenue 8 antara September dengan November.
- Mereka disyaki menyertai prank dalam talian dengan datang lewat malam untuk mengetuk pintu dan tingkap berulang kali sebelum melarikan diri, sehingga mengganggu serta menekan penghuni dan jiran.
- Polis mengenal pasti mereka melalui siasatan lapangan dan rakaman CCTV; empat remaja lain membantu siasatan, dan semua 12 remaja disiasat sementara usaha mengenal pasti individu lain diteruskan.
- SPF memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai prank atau cabaran dalam talian yang boleh menjadi jenayah; jika sabit kesalahan gangguan awam, hukuman boleh berupa penjara hingga tiga bulan, denda S$2,000 atau kedua-duanya.
SINGAPURA: Lapan remaja lelaki berusia antara 12 dengan 15 tahun diberkas pada Khamis (12 Nov) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kejadian gangguan awam (public nuisance) berkaitan satu 'prank' di Hougang.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya menerima beberapa aduan mengenai gangguan awam di sebuah unit kediaman di Hougang Avenue 8 antara September dengan November.
Siasatan awal mendapati para remaja tersebut menyertai satu 'prank' online.
Mereka dipercayai mengunjungi unit kediaman tersebut beberapa kali pada lewat malam, mengetuk pintu dan tingkap sebelum melarikan diri.
Polis menyatakan perbuatan tersebut menyebabkan penghuni rumah berkenaan dan jiran-jiran mereka berasa terganggu dan tertekan.
Para pegawai Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti remaja yang terlibat menerusi siasatan di lapangan dan dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Empat lagi remaja lelaki sedang membantu siasatan, manakala usaha diteruskan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.
POLIS BERI AMARAN TERHADAP 'PRANK' ONLINE
SPF menegaskan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam serta menyebabkan orang ramai berasa terganggu dan tertekan.
Polis menyatakan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang.
SPF turut menggesa orang ramai supaya bertindak secara bertanggungjawab dan tidak menyertai 'prank' atau cabaran online yang boleh menjadi kesalahan jenayah.
Kesemua 12 remaja tersebut sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan melakukan gangguan awam.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.