8 rakyat SG antara 71 warga asing diselamatkan di Taiwan yang dilanda gempa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sam Yeh/AFP)
SINGAPURA: Lapan rakyat Singapura adalah antara 71 warga asing yang diselamatkan selepas mereka terperangkap di Hualien, yang dilanda gempa, menurut media tempatan pada Khamis (4 Apr).
Hualien adalah pusat gempa bagi gempa bumi paling dahsyat yang berlaku dalam tempoh 25 tahun.
Gempa dengan magnitud sekuat 7.2 pada skala Richter meragut 10 nyawa dan menyebabkan lebih 1,000 lain cedera.
Daripada 71 warga asing yang diselamatkan, enam berasal dari Britain, tujuh dari Amerika Syarikat manakala 25 lain dari Jerman, menurut laporan yang merujuk kepada pihak berkuasa Taiwan.
Seorang warga Kanada dan dua warga Australia masih belum ditemui setakat 4.30 petang waktu tempatan, dedah Kementerian Ehwal Luar Taiwan.
Puluhan pelancong dan pekerja yang dilaporkan hilang sebelum ini tiba di sebuah kemudahan perubatan sementara pada Khamis selepas berjaya diselamatkan.
Setibanya mereka di sana, lebih 30 individu itu menjalani pemeriksaan perubatan asas bagi menilai sama ada mereka perlu dimasukkan ke hospital.
"Malam itu amat menyeksakan dengan gempa susulan serta gegaran dan batu-bata jatuh setiap beberapa minit," kata Namrita, 39, yang sedang melawat Taiwan dari Singapura.
Beliau kemudian dibawa ke hospital bersama suaminya.
Pada Rabu malam, pihak berkuasa Singapura mendedahkan tiada rakyat Singapura dilaporkan cedera dalam insiden itu.
"Pemerintah Singapura berdukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan yang tercetus akibat gempa yang menggegar Hualien, Taiwan pada 3 Apr 2024, dan menyampaikan takziah dan rasa simpati kepada mereka yang terjejas," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu.
Pihak MFA sedang menghubungi rakyat Singapura yang berdaftar dengan kementerian itu dan sedang menghulurkan bantuan konsular yang diperlukan.
"Disebabkan gempa susulan yang mungkin berlaku, rakyat Singapura di Taiwan dinasihatkan supaya kekal berwaspada, mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu bagi keselamatan peribadi mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," jelas kementerian itu.

Sumber : AGENCIES/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.