8 pengendali didakwa atas kesalahan minuman keras, pusat hiburan awam
Lapan pengendali pusat hiburan awam dan minuman keras akan didakwa esok (8 Okt) atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kawalan Minuman Keras dan Akta Pusat Hiburan Awam.

(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Lapan pengendali pusat hiburan awam dan minuman keras akan didakwa esok (8 Okt) atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kawalan Minuman Keras dan Akta Pusat Hiburan Awam.
Kedai-kedai itu terletak berhampiran beberapa kawasan termasuk Short Street, Dunlop Street dan Desker Road.
Daripada lapan pengendali yang didakwa, empat yang beroperasi di zon kawalan minuman keras di Little India akan didakwa kerana menjual minuman keras di luar waktu yang ditetapkan serta di luar kawasan yang dibenarkan.
Seorang pengendali turut didakwa kerana menjual minuman keras tanpa lesen.
Selain itu, empat pengendali akan didakwa kerana tidak mempunyai lesen yang sah bagi menjalankan sebuah pusat hiburan awam, gagal memastikan sebarang urus niaga atau penggunaan dadah tidak berlaku di kawasan itu di samping menggajikan pekerja asing yang tidak memiliki permit kerja sah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.