Skip to main content

Singapura

8 pemandu ditangkap kerana sediakan khidmat pengangkutan penumpang secara haram: LTA

Anggaran Waktu Membaca:
8 pemandu ditangkap kerana sediakan khidmat pengangkutan penumpang secara haram: LTA

Lapan pemandu ditangkap kerana menyediakan khidmat pengangkutan haram. (Gambar: Facebook/LTA)

SINGAPURA: Lapan pemandu diberkas kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan haram ke dua tempat pelancongan popular — Kuil dan Muzium 'Buddha Tooth Relic', serta Taman di Pesisiran.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Selasa (17 Jun) bahawa penangkapan tersebut dilakukan minggu lalu dalam operasi bersama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Kenderaan berdaftar asing milik pemandu-pemandu tersebut turut disita, menurut kenyataan LTA di Facebook.

LTA menyatakan ia akan terus mengambil tindakan terhadap pemandu yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang dari tempat ke tempat secara haram menggunakan kenderaan tanpa lesen kenderaan perkhidmatan awam.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, LTA memaklumkan bahawa ini merupakan operasi bersama pertama yang dijalankan bersama lembaga pelancongan tersebut.

LTA juga menyatakan sejak 2022, seramai 68 pemandu ditangkap kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang rentas sempadan secara haram menggunakan kenderaan berdaftar asing. Semua kenderaan mereka telah disita.

LTA memaklumkan bahawa adalah satu kesalahan bagi kereta privet berdaftar di Malaysia atau khidmat kereta sewa privet Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan rentas sempadan atau perkhidmatan teksi di Singapura.

Bagi mereka yang ingin menyediakan perkhidmatan teksi atau kereta sewa privet dengan pemandu, lesen kenderaan perkhidmatan awam yang sah diperlukan, menurut LTA.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$3,000, hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan juga boleh dirampas.

“Denda bagi mereka yang didakwa dan disabitkan kesalahan setakat ini termasuk denda sehingga S$2,600 dan rampasan kenderaan,” tambah LTA.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita