Skip to main content

Singapura

8 orang termasuk pegawai polis trafik, paramedik cedera dalam kemalangan berangkai di PIE

Seramai lapan orang cedera dalam kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Ahad (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
8 orang termasuk pegawai polis trafik, paramedik cedera dalam kemalangan berangkai di PIE

Seramai lapan orang cedera dalam kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau. (Gambar: Video Facebook/SG Road Vigilante)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 01:51PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 02:45PM

SINGAPURA: Seramai lapan orang cedera dalam kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Ahad (9 Jun).

Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan bahawa pihaknya diberitahu mengenai kemalangan yang melibatkan dua kereta dan sebuah trak pada sekitar jam 11.15 pagi di PIE menuju ke arah Lapangan Terbang Changi, sebelum susur keluar Ekspreswe Bukit Timah.

Menurut pihak berkuasa, setibanya polis trafik dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian, satu lagi kemalangan berlaku, melibatkan sebuah kereta tergelincir di tempat yang sama.

"Kereta itu melanggar seorang Polis Trafik berusia 30 tahun dan seorang paramedik SCDF berusia 26 tahun yang sedang merawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebelumnya, dan dua penunggang motosikal, berusia 35 dan 37 tahun, yang sedang memindahkan motosikal mereka agar tidak menghalang laluan trafik," menurut polis.

Empat yang lain, berusia antara 25 tahun dan 69 tahun, yang terlibat dalam kemalangan sebelumnya, juga secara tidak sengaja cedera akibat kesan itu.

Kesemua lapan orang yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Pemandu kereta ketiga yang berusia 44 tahun diberkas kerana bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kecederaan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita