8 orang di Institut Pengajian Tinggi ditangkap atas kesalahan berkaitan vape
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lapan orang berusia antara 18 dengan 24 tahun ditangkap atas kesalahan berkaitan vape menyusuli operasi penguatkuasaan di kesemua 12 Institut Pengajian Tinggi (IHL).
Mereka yang ditangkap didenda dengan serta-merta.
Selain hukuman itu, institut pengajian tinggi itu juga akan melaksanakan langkah-langkah disiplin seperti kaunseling wajib.
19 komponen berkaitan vape juga dirampas, semasa operasi penguatkuasaan bersama selama 10 minggu oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Kementerian Pendidikan (MOE).
Selain serbuan itu, Universiti Nasional Singapura (NUS) menyatakan ia akan menyemak rangka kerja hukumannya, termasuk hukuman bagi kes-kes melibatkan etomidate.
"Bagi mereka yang ditangkap di kampus, untuk pesalah kali pertama, (hukumannya) termasuk penggantungan pencalonan.
"Ia juga termasuk pengusiran daripada asrama, atau apa-apa jenis hak istimewa asrama yang mereka ada, dan bagi mereka yang melakukan kesalahan itu berulang kali, (hukumannya) termasuk dibuang sekolah," kata Naib Dekan Pelajar, Pejabat Ehwal Pelajar NUS, Profesor Madya Komunikasi dan Media Baharu, Dr Elmie Nekmat.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.