Skip to main content

Singapura

8 masjid sediakan 3 sesi solat Hari Raya Aidilfitri, tempahan hanya untuk Masjid Darul Ghufran

Hanya jemaah untuk sesi pertama di Masjid Darul Ghufran perlu buat tempahan slot

Anggaran Waktu Membaca:
8 masjid sediakan 3 sesi solat Hari Raya Aidilfitri, tempahan hanya untuk Masjid Darul Ghufran
Hanya jemaah untuk sesi pertama di Masjid Darul Ghufran perlu buat tempahan slot. (Gambar Fail)

SINGAPURA: Sebanyak lapan masjid akan mengadakan tiga sesi solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di media sosial.

Sesi pertama bermula pada 7.20 pagi dan sesi ketiga pula dijangkakan bermula pada 9.45 pagi.

Bergantung pada jumlah jemaah, sesi yang bermula pada 9.45 pagi mungkin perlu 15 minit waktu tambahan untuk membolehkan jemaah daripada sesi kedua untuk meninggalkan masjid.

Tempahan tidak diperlukan kecuali bagi sesi pertama di Masjid Darul Ghufran.

Tempahan dibuka pada 10.00 pagi, Sabtu ini di laman ini

Masjid di Tampines itu antara 41 masjid yang mengadakan dua sesi solat.

Lagi 19 masjid pula tawarkan satu sesi solat sahaja.

Secara keseluruhan, sebanyak 228,760 ruang solat disediakan tahun ini.

Lebih banyak ruang solat juga disediakan di 34 lokasi tambahan kendalian kumpulan-kumpulan Qaryah masjid.

Pusat rekreasi bagi pekerja hijrahan di Tuas South, Penjuru dan Terusan juga mengadakan dua sesi solat.

19 Masjid Tawarkan 1 Sesi Solat
(Bermula 7.20 pagi)
1. Masjid Abdul Aleem Siddique
2. Masjid Mydin
3. Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)
4. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
5. Masjid Al-Amin
6. Masjid Bencoolen
7. Masjid Mujahidin
8. Masjid Omar Kampong Melaka
9. Masjid Tentera Di Raja
(Bermula 8.45 pagi)
10. Masjid Petempatan Melayu Sembawang
11. Masjid Hajjah Fatimah
12. Masjid Jamae (Chulia)
13. Masjid Jamek Queenstown
14. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
15. Masjid Kampong Delta
16. Masjid Temenggong
17. Masjid Tasek Utara
18. Masjid Al-Huda
19. Masjid Hussain Sulaiman

41 Masjid Tawarkan 2 Sesi Solat (Sesi 1: 7.20 pagi, Sesi 2: 8.45 pagi)
1. Masjid Al Abdul Razak
2. Masjid Alkaff Kampung Melayu
3. Masjid Al-Ansar
4. Masjid Al-Islah
5. Masjid Al-Istighfar
6. Masjid Sallim Mattar
7. Masjid Kassim
8. Masjid Al-Taqua
9. Masjid Darul Aman
10. Masjid Darul Ghufran (tempahan diperlukan untuk Sesi 1)
11. Masjid Kampung Siglap
12. Masjid Khalid
13. Masjid Wak Tanjong
14. Masjid Ahmad Ibrahim
15. Masjid Al-Istiqamah
16. Masjid Alkaff (Upper Serangoon)
17. Masjid Al-Muttaqin
18. Masjid An-Nahdhah
19. Masjid An-Nur
20. Lokasi sementara Masjid Darul Makmur
21. Masjid Assyafaah
22. Masjid Omar Salmah
23. Masjid En-Naeem
24. Masjid Haji Yusoff
25. Masjid Muhajirin
26. Masjid Yusof Ishak
27. Masjid Al-Abrar
28. Masjid Al-Falah
29. Masjid Haji Muhammad Salleh(Palmer)
30. Masjid Moulana Mohd Ali
31. Masjid Sultan (Sesi 1: 8.45 pagi, Sesi 2: 9.45 pagi)
32. Masjid Malabar
33. Masjid Ahmad
34. Masjid Al-Firdaus
35. Masjid Al-Iman
36. Masjid Al-Mukminin
37. Masjid Darussalam
38. Masjid Hang Jebat
39. Masjid Hasanah
40. Masjid Maarof
41. Masjid Pusara Aman

8 Masjid Tawarkan 3 Sesi Solat (Sesi 1: 7.20 pagi, Sesi 2: 8.45 pagi, Sesi 3: 9.45 pagi)
1. Masjid Khadijah
2. Masjid Al-Mawaddah
3. Masjid Haji Mohd Salleh(Geylang)
4. Masjid Abdul Gafoor
5. Masjid Angullia
6. Masjid Al-Khair
7. Masjid Ar-Raudhah
8. Masjid Assyakirin

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita