Skip to main content

Singapura

8 lelaki diberkas, lebih 5,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas

Lima rakyat Singapura dan tiga rakyat Malaysia diberkas manakala lebih 5,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi yang dijalankan pada Selasa (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
8 lelaki diberkas, lebih 5,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas

Rokok yang dirampas. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 08:12PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 08:19PM

SINGAPURA: Lima rakyat Singapura dan tiga rakyat Malaysia diberkas manakala lebih 5,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi yang dijalankan pada Selasa (24 Apr).

Enam suspek diberkas di sebuah bengkel motosikal di Kaki Bukit Avenue 4 dan lagi dua ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands sedang mereka cuba meninggalkan negara ini, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (26 Apr).

Suspek yang diberkas berusia antara 21 dengan 59 tahun.

Penangkapan dibuat setelah para pegawai menyerbu bengkel itu, yang dipercayai digunakan sebagai "tempat menyimpan dan mengedarkan rokok-rokok tersebut", menurut kenyataan media.

Sebanyak 5,120 karton, empat paket rokok dan sebuah lori Singapura dijumpai dari bengkel tersebut. Jumlah keseluruhan cukai yang cuba dielakkan adalah sekitar $440,000 dan $32,000 Cukai Barangan dan Khidmat (GST).

Para pegawai juga merampas lori tersebut serta dua kereta Malaysia yang dipercayai digunakan untuk menghantar rokok-rokok itu ke beberapa kawasan di Singapura.

Siasatan masih dijalankan.

"Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST," menurut kenyataan media.

"Para pesalah akan ditangani dengan tegas. Mereka boleh dikenakan denda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan dan/atau dipenjara sehingga enam tahun."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita