8 lelaki diberkas atas transaksi haram minyak gas marin
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tunda berdaftar asing terlibat dalam transaksi haram minyak gas marin, dirampas polis pada 10 Oktober 2025. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Lapan lelaki diberkas pada Jumaat (10 Okt) selepas mereka dipercayai terlibat dalam transaksi haram minyak gas marin.
Pegawai-pegawai daripada Polis Pengawal Pantai (PCG) menjalankan pemeriksaan rutin ke atas sebuah kapal tunda yang berdaftar Singapura, di perairan Tuas dan mendapati beberapa anggota kru dipercayai terlibat dalam transaksi tersebut. Tiga individu sudah ditangkap.
Pegawai itu kemudian mengesan lalu memintas sebuah kapal tunda berdaftar asing di kawasan tersebut, di mana lima yang lain diberkas.
Siasatan awal mendedahkan bahawa kru kapal tunda berdaftar Singapura dipercayai menyalahgunakan minyak gas marin, bernilai kira-kira S$6,917, tanpa pengetahuan syarikat mereka dengan menjualnya kepada kru kapal tunda berdaftar asing.
Kapal tunda berdaftar asing itu sudah pun dirampas.
Kru kapal tunda berdaftar Singapura berkenaan juga didapati memiliki 92 batang rokok yang tidak dibayar cukai. Rokok haram itu sudah pun dirampas dan dirujuk kepada Kastam Singapura.
Tiga anggota kru kapal tunda berdaftar Singapura itu akan didakwa pada Sabtu atas kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekerja.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda.
Lima anggota kru kapal tunda berdaftar asing pula akan didakwa pada Sabtu atas kesalahan menerima harta benda yang dicuri secara tidak jujur. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
"Polis memandang serius transaksi haram minyak gas marin di perairan Singapura," tegas Pasukan Polis Singapura (SPF).
"Pihak berkuasa akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan keselamatan untuk mencegah, menghalang dan mengesan aktiviti haram sedemikian di perairan Singapura."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.