Skip to main content

Singapura

8 lelaki, 12 wanita ditangkap dalam serbuan di Geylang, Joo Chiat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis menangkap lapan orang lelaki dan 12 wanita, berusia antara 24 hingga 55 tahun, semasa serbuan-serbuan penguatkuasaan di Geylang dan Joo Chiat, pada 20 dan 27 Jun.

Enam lagi sedang disiasat.

Polis juga sedang menyiasat tiga salon rambut kerana melanggar syarat pelesenan.

Tindakan itu menyasarkan tempat-tempat hiburan awam, salon rambut dan perbuatan memandu ketika mabuk arak.

Dua belas wanita ditangkap kerana bekerja tanpa permit yang sah di tempat hiburan.

Dua tempat di Joo Chiat menyalahi undang-undang kerana membenarkan mereka yang membuat persembahan bergaul dengan para pelanggan.

Tiga salon rambut sedang disiasat kerana menawarkan khidmat urut tanpa lesen yang sah dan melepasi waktu operasi.

Polis trafik juga menangkap seorang penunggang motosikal dengan rokok yang tidak dibayar cukai, vape dan disyaki atas kesalahan berkaitan dadah.

Tujuh pemandu yang mabuk arak ketika memandu juga ditangkap semasa operasi yang sama.

CO Pusat Polis Kejiranan Geylang Divisyen Polis Bedok Supt Muhammad Firdaus Abdul Raub berkata: "Ini sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membanteras aktiviti maksiat dan berkaitan dadah di Geylang, dan menunjukkan komitmen agensi untuk menegakkan keselamatan awam dan pematuhan terhadap peraturan.

"Mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti haram atau ditangkap memandu dalam keadan mabuk akan dikenakan tindakan tegas, selaras dengan undang-undang."
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita