Skip to main content

Singapura

8 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 1 kes dari dormitori

8 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Jumaat (11 Dis), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
8 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 1 kes dari dormitori

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 08:04PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 08:06PM

SINGAPURA: 8 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Jumaat (11 Dis), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat satu jangkitan tempatan dilaporkan hari ini melibatkan kes yang tinggal di sebuah dormitori. Tiada jangkitan baru dilaporkan dalam masyarakat, menurut MOH.

Tujuh lagi kes merupakan kes import yang diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Sementara itu pemerintah Singapura menyatakan akan menarik balik sekatan sempadan ke atas pengunjung dari Taiwan mulai 18 Dis.

Berkuat kuasa serta-merta, para pengunjung juga boleh memohon untuk Pas Perjalanan Udara (ATP) bagi kemasukan sekali sahaja ke Singapura mulai Jumaat depan (18 Dis).

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita