Skip to main content

Singapura

8 kebakaran dalam seminggu 'sengaja dicetus' di tapak binaan kondominium eksekutif North Gaia Yishun

Anggaran Waktu Membaca:
8 kebakaran dalam seminggu 'sengaja dicetus' di tapak binaan kondominium eksekutif North Gaia Yishun

Tapak binaan North Gaia dekat Yishun Close. (Gambar fail: Google Maps)

SINGAPURA: Lapan insiden kebakaran yang berlaku sejak seminggu lalu di sebuah tapak binaan kondominium eksekutif Yishun didapati "dicetuskan dengan sengaja", menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Rabu (27 Nov).

Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, SCDF menyatakan kejadian itu berlaku antara 20 November hingga 27 November di North Gaia.

Dalam salah satu kes, dua orang dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap. Tiada kecederaan lain dilaporkan.

"Kebakaran kebanyakannya melibatkan bahan binaan dan perabot di pelbagai lokasi dalam kawasan tapak binaan dan sama ada dipadam dengan pantas oleh SCDF atau oleh pekerja binaan di sana," menurut SCDF.

"Siasatan awal SCDF mendapati kebakaran itu dimulakan dengan sengaja," tambahnya.

Polis memberitahu Mediacorp bahawa aduan sudahpun dibuat dan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Menurut laman kondominium itu, North Gaia dijangka mendapat Permit Pendudukan Sementara (TOP) pada Jun 2027. Dibangunkan oleh Sing Holdings, projek itu meliputi lebih 600 unit kediaman.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita