Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 individu terima Anugerah Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin

Anggaran Waktu Membaca:
8 individu terima Anugerah Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin

Gambar: Public Transport Council

SINGAPURA: Lapan individu diberikan anugerah pada Sabtu (5 Nov) kerana membantu orang lain semasa menaiki pengangkutan awam.

Anugerah Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin, yang kini memasuki edisi keempat sejak ia dilancarkan pada 2019, bermatlamat untuk meningkatan kesedaran dan menggalak masyarakat supaya mengamalkan dan menggalak tingkah laku yang prihatin dan bertimbang rasa.

Dua orang penumpang, Encik Randy Lim dan Encik Chan Yarn Kit diberikan "Anugerah Richard Magnus bagi Pengguna Pengangkutan Awam Paling Prihatin” kerana menyelamatkan seorang lelaki yang rebah.

Encik Lim dan Encik Chan berada di dalam kereta api untuk ke tempat kerja ketika kejadian itu berlaku. Dengan bantuan Encik Lim, Encik Chan dan kakitangan stesen MRT berkenaan bergilir-gilir melakukan CPR untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

Mereka berdua menemani lelaki berkenaan sehingga pasukan paramedik tiba di tempat kejadian dan meneruskan usaha menyelamat.

Enam penumpang lain turut diberikan anugerah pujian di Atrium Hab HDB Toa Payoh.

Seorang daripada mereka, Encik Jackie Seet membantu memadamkan kebakaran kecil yang disebabkan oleh bank kuasa yang meletup dalam beg tangan seorang penumpang semasa menaiki kereta api.

Sedang penumpang lain dipindahkan ke tempat selamat, Encik Seet menggunakan alat pemadam api yang ditemuinya untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tahun ini, Jawatankuasa Pengguna Pengangkutan Awam SG Prihatin menerima jumlah pencalonan yang mencecah paras, dengan sebanyak 65 pencalonan, daripada orang ramai dan juga para pengendali pengangkutan awam.

Tetamu Terhormat, Menteri Pengangkutan S Iswaran, menyampaikan trofi dan sijil kepada para pemenang.

Anugerah Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin dianjurkan sebagai sebahagian daripada Minggu Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin yang diadakan buat julung-julung kalinya pada tahun ini.

Minggu Pengguna Pengangkutan Awam Prihatin diadakan sempena Hari Penghargaan Pekerja Pengangkutan Awam (PTWA).

PTWA yang diadakan setiap tahun bermatlamat untuk mengiktiraf dan menunjukkan penghargaan kepada kira-kira 23,000 pekerja pengangkutan awam.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan