Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 hari berturut-turut tanpa jangkitan tempatan; kesemua 5 kes baru COVID-19 adalah kes import

Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Rabu (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
8 hari berturut-turut tanpa jangkitan tempatan; kesemua 5 kes baru COVID-19 adalah kes import

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 18 Nov 2020 04:37PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 04:45PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Rabu (18 Nov).

Kesemua kes yang dilaporkan hari ini adalah kes-kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di Singapura, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura buat lapan hari berturut-turut.

Dengan kes-kes baru hari ini, jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura kini sebanyak 58,135.

Butiran mengenai kes-kes baru itu akan diumumkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

PERKEMBANGAN MENGENAI VAKSIN

Vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer "sangat hampir" diluluskan bagi kegunaan darurat setelah mengumpul data keselamatan untuk diserahkan kepada para pengawal selia Amerika Syarikat, dedah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu pada Selasa (17 Nov).

Gergasi farmaseutikal itu mengumumkan pada minggu lalu bahawa ujian klinikal peringkat akhir menunjukkan vaksin itu lebih daripada 90 peratus berkesan selepas dos kedua.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan