8 gangguan khidmat perbankan digital dilapor di 4 bank sejak Jul 2021
Insiden-insiden di Citibank, DBS, OCBC dan UOB sebahagian besarnya dihuraikan dalam masa tiga jam dan menjejas antara 500 hingga 37,000 pelanggan.
Gambar fail mesin-mesin ATM di Orchard Road (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Lapan gangguan khidmat perbankan digital pada empat bank utama Singapura dilaporkan sejak bulan Julai 2021, menurut Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pada Selasa (5 Jul).
Insiden-insiden di Citibank, DBS, OCBC dan UOB sebahagian besarnya dihuraikan dalam masa tiga jam dan menjejas antara 500 hingga 37,000 pelanggan, dedah Encik Tharman dalam jawapan bertulisnya di parlimen.
"Punca insiden-insiden ini kebanyakan datang dari bank itu sendiri - seperti konfigurasi yang salah pada sofwe, sistem yang tidak berfungsi dengan betul dan kesilapan yang dilakukan semasa bank-bank itu mengubah sistem, "kata Encik Tharman, sambil menambah bahawa satu insiden terkait dengan gangguan di penyedia khidmat pengkomputeran awan pihak ketiga.
DBS mengalami gangguan paling panjang selama 39 jam dari 23 Nov hingga 25 Nov tahun lalu disebabkan oleh masalah fungsi server-server kawalan akses bank tersebut.
LANGKAH-LANGKAH TERHADAP GANGGUAN
Menurut Encik Tharman, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) "memandang serius" terhadap semua insiden IT yang menjejas khidmat perbankan digital.
Masa gangguan keseluruhan yang tidak dijadualkan bagi setiap sistem penting juga mesti tidak melebihi empat jam dalam mana-masa tempoh 12 bulan. Pihak berkuasa mengambil tindakan penyeliaan apabila bank-bank mencabuli syarat-syarat itu, kata Encik Tharman.
Pada Feb 2022, MAS menyatakan pihaknya mengarahkan DBS supaya melantik pakar bebas bagi menjalankan "semakan menyeluruh" terhadap insiden itu, termasuk tindakan pemulihan bank berkenaan.
Semakan itu juga memerlukan DBS menilai bagaimana insiden serupa boleh dicegah pada masa akan datang, dedah MAS ketika itu.
Bank itu diarahkan supaya memperbetulkan semua kelemahan yang dikenal pasti daripada semakan itu dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan sebarang gangguan pada khidmat perbankan digitalnya berupaya dihuraikan dengan pantas dan secukupnya pada masa akan datang.
Selain itu, MAS juga memerlukan bank berkenaan untuk menggantung modal tambahan sehingga semua kelemahan yang dikenal pasti dalam semakan, sudahpun diperbetulkan.
Encik Tharman menarik perhatian MAS menerbitkan garis panduan baru bagi pengurusan kesinambungan perniagaan yang menetapkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh institusi-institusi kewangan bagi mengekalkan khidmat perniagaan penting dan bagi mengurangkan gangguan khidmat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.