Skip to main content

Singapura

8 ditangkap merusuh selepas bergaduh di Boat Quay

Lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 tahun dengan 27 tahun ditangkap kerana merusuh selepas satu pergaduhan berlaku di sebuah kelab di Boat Quay pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
8 ditangkap merusuh selepas bergaduh di Boat Quay

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 07:22PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 07:24PM

SINGAPURA: Lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 tahun dengan 27 tahun ditangkap kerana merusuh selepas satu pergaduhan berlaku di sebuah kelab di Boat Quay pada hujung minggu lalu.

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan pada kira-kira 12.50 tengah malam pada Ahad (13 Dis) mengenai satu kejadian di mana sebuah kumpulan lapan orang didakwa diserang oleh sebuah lagi kumpulan di sebuah kelab.

Mangsa kejadian cedera ringan dengan salah seorang daripadanya, lelaki berusia 40 tahun, dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Para pegawai dari Divisyen Polis Central mengenal pasti identiti penyerang dan menangkap mereka pada keesokan hari. Mereka yang ditangkap berusia antara 22 dengan 27 tahun.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa penyerang tidak mengenali semua lapan mangsa dan mereka didakwa menyerang mangsa setelah berlaku pergaduhan," menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan, tambah polis.

Sesiapa yang didapati bersalah merusuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan disebat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita