Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 ditangkap; dadah bernilai $124,000 dirampas, disembuyikan dalam betik

Lapan lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun ditangkap pada Khamis (17 Sep) kerana disyaki mengedar dadah bernilai sekitar $124,000, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan medianya hari ini (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
8 ditangkap; dadah bernilai $124,000 dirampas, disembuyikan dalam betik

Buah betik digunakan untuk menyembunyikan ‘Ice’ dan ketamine, yang dirampas daripada sebuah kenderaan di River Valley Road. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Lapan lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun ditangkap pada Khamis (17 Sep) kerana disyaki mengedar dadah bernilai sekitar $124,000, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan medianya hari ini (18 Sep).

Dalam operasi yang dijalankan di pelbagai tempat itu, sekitar 375g dadah ‘Ice’, sekitar 37g heroin, sekitar 135g ketamine dan sebiji pil Erimin-5 dirampas daripada lima rakyat Singapura dan tiga warga Malaysia itu.

OPERASI DI RIVER VALLEY

Pada lewat petang Khamis (17 Sep), pegawai CNB memintas sebuah kenderaan di River Valley Road dan menahan dua rakyat Singapura, berusia 29 dan 48 tahun.

Selepas memeriksa kenderaan itu, para pegawai menemui sebiji buah betik yang mengandungi tiga bungkusan 'Ice' sekitar 333g dan dua bungkusan diisi sekitar 121g ketamine.

Lagi sekitar 42g ‘Ice’, kira-kira 37g heroin, sekitar 14g ketamine dan pil Erimin-5 juga ditemui dalam kenderaan itu.

OPERASI SUSULAN

Dalam operasi susulan, para pegawai menangkap tiga warga Malaysia berusia 18, 22 dan 27 tahun di dekat Pusat Borong Pasir Panjang, di mana bakul buah-buahan mengandungi buah betik dipercayai ditempatkan.

Buah-buah betik dalam bakul, yang dirampas daripada kenderaan di River Valley. (Gambar: CNB)

Buah-buah betik dalam bakul, yang dirampas daripada kenderaan di River Valley. (Gambar: CNB)

Pada lewat petang semalam pula, para pegawai CNB memberkas dua lagi suspek rakyat Singapura berusia 34 dan 50 tahun, di Clementi Avenue 4.

Seorang lagi lelaki rakyat Singapura, 44, ditangkap di Bukit Purmei Avenue.

Tiga rakyat Singapura tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah yang dirampas daripada dua suspek di River Valley Road sebelum itu.

Tiga bungkusan dengan sekitar 333g ‘Ice’ dan dua bungkusan dengan sekitar 121g ketamine disembunyikan dalam buah betik, yang dirampas daripada kenderaan di River Valley Road. (Gambar: CNB)

Tiga bungkusan dengan sekitar 333g ‘Ice’ dan dua bungkusan dengan sekitar 121g ketamine disembunyikan dalam buah betik, yang dirampas daripada kenderaan di River Valley Road. (Gambar: CNB)

"Siasatan terhadap kegiatan dadah kesemua individu yang diberkas masih dijalankan,"kata CNB.

Jumlah 'Ice' yang dirampas dalam operasi itu cukup untuk memenuhi ketagihan sekitar 215 penyalah guna dadah selama seminggu, tambah agensi tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan