8 diberkas kerana disyaki terbabit kesalahan dadah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Biro Narkotik Pusat (CNB))
SINGAPURA: Lapan lelaki, berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.
Demikian menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (1 Apr).
Dadah yang dianggarkan bernilai sekitar S$37,000 juga dirampas.
Dadah yang dirampas termasuk sekitar 65 gram (g) Ice, 83g ketamine, 32g bahan yang dipercayai dadah terkawal, 12 pil ecstasy dan satu paket pil ecstasy seberat kira-kira 110g.
Pada Jumaat (31 Mac), pegawai-pegawai CNB bertindak menyusuli maklumat yang diterima dan memberkas seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah kediaman yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 3.
Lelaki itu sedang bersembunyi di bilik air apabila para pegawai tiba di kediaman tersebut.
Sebanyak 1g Ice dan peralatan dadah ditemui di dalam jamban bilik air tersebut. Pegawai CNB juga menemui peralatan dadah di tingkat bawah di bawah tingkap bilik air itu.
Dalam satu operasi susulan pada malam yang sama, para pegawai memintas seorang lelaki berusia 29 tahun dalam sebuah kenderaan berdekatan Selegie Road.
Lelaki itu diberkas atas kesalahan disyaki mengedar dadah. Sekitar 64g Ice, 66g ketamine, satu paket pil ecstasy seberat sekitar 110g dan 32g bahan yang dipercayai adalah dadah terkawal, dirampas dari kenderaan tersebut.

Pegawai CNB juga memberkas seorang lelaki berusia 25 tahun kerana disyaki mengedar dadah di kelab malam yang terletak berhampiran dengan Prinsep Street. Lima lelaki lain, yang berusia antara 26 dengan 28 tahun, juga diberkas kerana disyaki menyalahgunakan dadah.
Lelaki berusia 25 tahun itu dibawa ke kenderannya di mana para pegawai CNB menemui sejumlah sekitar 17g ketamine dan 24 pil ecstasy secara dari kenderaan tersebut.
Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan CNB, Superintenden Stanley Seah, berkata operasi pada Jumaat lalu dilancarkan tepat pada masanya dan membolehkan pihaknya menangkap dengan pantas kedua-dua suspek yang disyaki pengedar dadah serta beberapa lagi individu yang dipercayai menyalahgunakan dadah. Kebanyakan daripada mereka berada di kelab malam ketika operasi itu dijalankan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.