Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8,500 kanak-kanak prasekolah PCF terima tokokan dalam akaun CDA

Sekitar 8,500 kanak-kanak yang dihantar ke pusat prasekolah PCF Sparkletots akan menerima tokokan dalam Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 May 2021 08:34PM Dikemas Kini : 07 May 2021 12:28AM

SINGAPURA: Sekitar 8,500 kanak-kanak yang dihantar ke pusat prasekolah PCF Sparkletots akan menerima tokokan dalam Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA).

Program First Step yang dilancarkan Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan Yayasan Temasek bertujuan untuk membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah supaya menghantar anak-anak mereka ke prasekolah.

Murid-murid yang layak di peringkat jagaan bayi hingga Tajaka 2 akan menerima tokokan $200 kepada akaun CDA setiap tahun.

Pemerintah juga akan menokok jumlah yang sama ke dalam akaun CDA. Ini bermakna, setiap kanak-kanak boleh mendapat sehingga $800 sepanjang dua tahun.

Yayasan Temasek akan menyumbang lebih $3.3 juta kepada program First Step sepanjang tiga tahun.

PCF juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk mendidik keluarga-keluarga berpendapatan rendah tentang pentingnya pendidikan prasekolah dan skim-skim bantuan kewangan sedia ada.

"Usaha-usaha ini memastikan bahawa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dapat mengatasi semua cabaran yang mereka hadapi dan meraih manfaat sepenuhnya daripada sistem prasekolah yang berkualiti sekali gus menyediakan mereka untuk pendidikan sekolah rendah," kata Menteri Kedua Pendidikan, Mohamad Maliki Osman.

Sumber : CNA/ZM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan