Skip to main content

Singapura

8,000 tempat tinggal pekerja asing bakal dipertingkat di 7 dormitori cepat bina

Persekitaran tempat tinggal 8,000 pekerja asing bakal dipertingkat di tujuh dormitori baru yang dibina dalam tempoh hanya beberapa bulan saja.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Oct 2020 08:25PM Dikemas Kini : 30 Oct 2020 09:54PM

SINGAPURA: Persekitaran tempat tinggal 8,000 pekerja asing bakal dipertingkat di tujuh dormitori baru yang dibina dalam tempoh hanya beberapa bulan saja.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan lapan lagi dormitori cepat bina (QBD) itu akan siap menjelang separuh kedua tahun depan.

Kesemua dormitori baru itu boleh menampung 25,000 penghuni.

Piawaian baru dilaksanakan supaya QBD lebih berdaya bingkas terhadap risiko kesihatan awam seperti COVID-19.

Dormitori Westlite Kranji Way menyediakan bilik-bilik lebih luas yang menempatkan lima katil berasingan dengan jarak satu meter.

Boleh menempatkan 1,300 orang, ia siap dibina dalam tempoh empat bulan sahaja.

Terdapat juga tandas dan tempat mandi di dalam bilik.

Sejauh ini, 340 penghuni sudah berpindah ke QBD itu.

Selain ada ruang bersama seperti dapur untuk 40 orang, katil untuk pekerja yang sakit juga lebih banyak.

Ada juga zon merah untuk mengasingkan penghuni yang disyaki menghidap COVID-19.

Laluan berjalan kaki dan tempat menurunkan penumpang juga diasingkan untuk mengurangkan pergaulan.

Di pintu masuk, ada mesin-mesin mengimbas suhu badan bagi penghuni dan mengekang kemasukan orang luar.

Namun, menurut Menteri Kedua Tenaga Manusia Dr Tan See Leng, QBD sedemikian hanyalah huraian sementara.

Lebih banyak bangunan lebih tetap akan dibina untuk menempatkan pekerja asing.

Lapan lagi QBD yang boleh menempatkan 17,000 penghuni akan siap menjelang separuh kedua tahun depan. 

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita