Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

792 pegawai tentera dan bukan tentera MINDEF dan SAF terima Anugerah Hari Kebangsaan

Seramai 792 pegawai tentera dan bukan tentera dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) diberi Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 792 pegawai tentera dan bukan tentera dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) diberi Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.

Anugerah itu mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi mereka terhadap tugas dan perkhidmatan kepada negara.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Kanan Negara Pertahanan Zaqy Mohamad hadir di acara MINDEF hari ini (22 Feb).

Lebih 520 kakitangan pula menerima Pingat Bakti Setia kerana sudah lebih 25 tahun dalam perkhidmatan.

Sebanyak 144 Pingat Pujian, 150 Pingat Berkebolehan dan 526 Pingat Bakti Setia dianugerahkan kepada kedua-dua anggota tentera dan bukan tentera.

28 kakitangan telah dianugerahkan dengan kedua dua Pingat Kepujian dan Berkebolehan serta dan Pingat Pingat Bakti Setia.
'
PEGAWAI WARAN KANAN (SWO) OMAR OSMAN TERIMA PINGAT BAKTI SETIA

Antara penerima Pingat Bakti Setia adalah Pegawai Waran Kanan (SWO) Omar Osman, yang sudah 26 tahun berkhidmat dengan SAF.

'

“Saya berterima kasih kepada SAF kerana memberi pengiktirafan untuk khidmat saya selama 26 tahun ini. ” Kata SWO Omar.

Anugerah yang diterima SWO Omar mendorong beliau untuk memberi yang terbaik dalam khidmat kepada SAF dan negara.

Pegawai berusia 48 tahun itu kini berkhidmat sebagai Pegawai sebagai Sarjan Mejar di dua unit SAF.

"Saya berkhidmat sebagai Sarjan Mejar unit senjata bersepadu di mana menjadi tanggungjawab saya adalah untuk melatih dan memastikan unit-unit di bawah naungan saya beroperasi dengan baik. Saya juga merupakan Sarjan Mejar infantri di mana saya menyelia identiti dan piawaian serta transformasi unit itu menjadi kumpulan tempur yang berkebolehan," ujar SWO Omar.

Beliau dinaikkan pangkat tahun lalu daripada pangkat Pegawai Waran Master (MWO).

SWO Omar berkata banyak pengalaman yang diraih sepanjang 26 tahun berkhidmat dengan SAF.

Antaranya peluang menyertai kursus Sarjan Mejar di Amerika Syarikat pada 2014.

'

Semua pengalaman itu telah menjadikannya seorang pegawai yang menitikberatkan para pegawai di bawah pimpinannya.

"Para pegawai ini yang membuat perbezaan ketara kepada organisasi kuat dan mantap seperti SAF. Mereka juga membuat pekerjaan saya lebih menarik dan banyak menolong saya dalam tugasan harian," kata SWO Omar.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan