Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7,889 kes baru COVID-19 di S'pura; 4 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,889 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (23 Jul).
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,889 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (23 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 7,592 jangkitan tempatan dan 297 ‬kes import.

Empat kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 23 Jul: 7,889
Kes baru tempatan: 7,592
Kes import: 297

Jumlah kes baru Protokol 2: 7,085

Ini terdiri daripada 6,829 kes tempatan dan 256 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 804 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 763 adalah jangkitan tempatan, manakala 41 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,652,981

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Jul: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,472

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.99, jatuh berbanding 1.02 semalam (22 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 739 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 758 yang dicatatkan semalam (22 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 70

Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 10,077 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat (22 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan