Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

78 diberkas dalam operasi banteras maksiat, dadah

Seramai 78 orang berusia antara 19 hingga 85 tahun ditangkap menyusuli operasi selama enam hari yang disasarkan terhadap kegiatan-kegiatan maksiat dan perjudian.

Anggaran Waktu Membaca:
78 diberkas dalam operasi banteras maksiat, dadah

Pegawai polis memberkas seorang suspek di Singapura. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 08 Jul 2019 12:27PM Dikemas Kini : 08 Jul 2019 12:28PM

SINGAPURA: Seramai 78 orang berusia antara 19 hingga 85 tahun ditangkap menyusuli operasi selama enam hari yang disasarkan terhadap kegiatan-kegiatan maksiat dan perjudian.

Menurut kenyataan polis, seramai 38 wanita diberkas bagi kesalahan-kesalahan di bawah Piagam Wanita manakala tiga lelaki pula ditahan atas kesalahan berhubung imigresen.
Seramai 27 lelaki dan 10 wanita juga diberkas atas kesalahan perjudian. Wang tunai bernilai lebih S$6,500 dan 14 komputer turut dirampas.

Operasi oleh para pegawai polis dari Divisyen Polis Tengah dilancarkan ke atas pelbagai lokasi di Jalan Besar, Chinatown dan Tiong Bahru. Ia termasuk Sam Leong Road, York Hill, People's Park Complex, Havelock Road dan Beach Road.

Menurut polis, siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah mengendalikan rumah pelacuran tanpa lesen boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga lima tahun. Bagi mereka yang didapati bersalah mengaut hasil kegiatan pelacuran seseorang individu, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$10,000.

Individu yang didapati bersalah menggunakan sesebuah tempat sebagai sarang perjudian boleh didenda sehingga S$50,000 atau dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan