Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

77.7% pelajar duduki peperiksaan N(A) layak melangkah ke Menengah 5

Lebih daripada 75 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Normal(Akademik) tahun ini layak melanjutkan pelajaran ke Menengah 5, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Penilaian dan Peperiksaan Singapura (SEAB) pada Khamis (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
77.7% pelajar duduki peperiksaan N(A) layak melangkah ke Menengah 5

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Dec 2020 04:52PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 04:57PM

SINGAPURA: Lebih daripada 75 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Normal (Akademik) tahun ini layak melanjutkan pelajaran ke Menengah 5, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Penilaian dan Peperiksaan Singapura (SEAB) pada Khamis (17 Dis).

Lebih daripada 13,400 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE N menerima keputusan masing-masing pada Khamis. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, aturan dibuat bagi para pelajar untuk mengambil keputusan mereka di dalam bilik darjah, dan tidak berkumpul sebagai sebuah kohort seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hampir kesemua 9,321 calon daripada aliran tersebut iaitu 99.7 peratus menerima sijil GCE peringkat N(A), naik daripada 99.5 peratus pada 2019, kata MOE dan SEAB dalam satu kenyataan media bersama.

Sijil itu diberikan kepada pelajar yang menerima Gred 5 atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu subjek N(A).

Dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan GCE N(A), 77.7 peratus layak ke Menengah 5. Pada tahun lalu, 76.6 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan yang sama layak melangkah ke Menengah 5.

Para pelajar ini meraih skor agregat yang tidak melebihi 19 markah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan tiga subjek terbaik (ELMAB3), dan sekurang-kurangnya satu Gred 5 bagi semua subjek yang digunakan dalam perkiraan ELMAB3.

Menurut MOE dan SEAB, sekitar 43.2 peratus pelajar aliran Normal(Akademik) menduduki subjek peringkat 'O'.

Dalam pada itu, 98.5 peratus daripada 4,156 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Normal(Teknikal), meraih satu Gred D atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu subjek dan diberikan siijl GCE N(T). Jumlah tersebut naik daripada 98.1 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

SKIM KEMASUKAN LANGSUNG KE PROGRAM POLITEKNIK

Para pelajar Menengah 4 yang menduduki peperiksaan GCE N(A) dan meraih skor ELMAB3 tidak lebih daripada 19 markah boleh memohon bagi Skim Kemasukan Langsung Ke Program Politeknik.

Sekitar 1,200 tempat di bawah program itu akan ditawarkan di ketiga-tiga Kolej ITE, demikian menurut MOE dan SEAB dan permohonan akan dibuka pada Khamis.

PROGRAM ASAS POLITEKNIK

Para pelajar Menengah 4 yang menduduki peperiksaan GCE N(A) juga boleh memohon bagi Program Asas Politeknik. Mereka yang meraih markah agregat ELMAB3 tidak lebih daripada 12 markah dan memenuhi keperluan subjek tertentu bagi kursus-kursus yang dipilih layak membuat permohonan.

Sekitar 1,500 tempat akan ditawarkan di semua politeknik dan permohonan dibuka pada Januari 2021, apabila keputusan peringkat 'O' diumumkan. Para pelajar yang berminat untuk memohon bagi program asas itu harus dahulu mengikuti kelas di Menengah 5 pada Januari.

Semua pelajar peringkat GCE N(A) dan N(T) yang sudah tamat pendidikan sekolah menengah mereka boleh juga memohon untuk melanjutkan pelajaran melalui program-program Nitec ITE, menurut MOE dan SEAB.

"Sekolah juga boleh memindahkan pelajar Menengah 4 peringkat N(T) ke 4 N(A) jika mereka mencapai Gred A bagi kedua-dua subjek Bahasa Inggeris dan Matematik, dan Gred B atau lebih baik bagi satu lagi subjek dalam peperiksaan GCE N(T)," demikian menurut kenyataan media itu. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan