Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

76 didapati langgar peraturan COVID-19 di pusat penjaja: NEA

20 orang yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin juga didapati duduk makan di pusat penjaja.

Anggaran Waktu Membaca:
76 didapati langgar peraturan COVID-19 di pusat penjaja: NEA

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 03 Nov 2021 07:56PM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 07:58PM

SINGAPURA: Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap 76 orang atas kasalahan melanggar peraturan-peraturan berkaitan COVID-19 di beberapa pusat penjaja merata Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (3 Nov).

Ia adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan yang dipertingkat yang dijalankan agensi itu dari 25 hingga 31 Oktober lalu terhadap mereka yang melanggar peraturan keselamatan.

Antara kesalahan yang dikesan pihak berkuasa termasuk orang ramai yang berhimpun dalam kumpulan lebih dua orang, mereka yang tidak mengekalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter serta mereka yang didapati tidak memakai pelitup.

"Pelitup mesti dipakai dengan betul menutupi hidung dan mulut apabila seseorang itu tidak makan atau minum," tegas NEA.

20 PELANGGAN MAKAN DI LUAR DITEMUI BELUM LENGKAP DIVAKSIN

Secara berasingan, agensi itu menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan diambil sejak 20 Oktober terhadap orang-orang yang melanggar langkah kawalan jangkitan berkaitan vaksin, yang diperluaskan ke pusat penjaja mulai 13 Oktober.

Di bawah peraturan itu, hanya orang yang sudah lengkap divaksin boleh makan di luar di pusat penjaja dalam kumpulan tidak melebihi dua orang. Kanak-kanak yang tidak divaksin berusia 12 tahun dan ke bawah juga boleh makan bersama dalam kumpulan dua orang.

Antara 27 Oktober hingga 2 November, pihak berkuasa menjumpai 20 orang yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin sedang makan di pusat penjaja semasa pemeriksaan terpilih oleh pegawai penguat kuasa jarak selamat.

Butiran mereka kemudiannya diambil.

NEA menyatakan pesalah kali pertama di pusat penjaja akan diberi amaran bertulis, tetapi pesalah kali kedua akan didenda S$300.

Mereka yang melakukan kesalahan berikutnya mungkin berdepan pembayaran denda kompaun atau denda mahkamah.

Agensi itu menekankan bahawa pelanggan yang enggan menunjukkan kepada pegawai penguat kuasa status vaksinasi mereka dalam aplikasi mudah alih TraceTogether atau memberikan token TraceTogether mereka untuk diimbas juga akan dicatat butiran mereka.

NEA mengingatkan orang ramai supaya mematuhi langkah kawalan berkaitan vaksin ini serta peraturan keselamatan COVID-19 ketika berada di pusat penjaja.

"Kami memohon kerjasama semua dalam peralihan ke arah negara yang berdaya tahan terhadap COVID-19," tambahnya.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan