76 diberkas dalam serbuan CNB antara 10-14 Mac
Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 76 individu yang disyaki adalah pesalah dadah dalam serbuan yang dilancarkan di merata Singapura antara 10 dengan 14 Mac lalu, menurut CNB dalam kenyataan medianya pada Sabtu (15 Mac).

(Gambar: CNB)
Sekitar 462 gram heroin, 357 gram 'Ice', 58 gram ganja, 11 gram ketamine, 46 gram Ecstasy dan 76 pil Erimin-5 dirampas dalam operasi yang dijalankan di beberapa kawasan termasuk Bukit Merah, Chai Chee, Tiong Bahru, Jurong dan Yishun.
Kesemua dadah yang dirampas bernilai lebih S$97,800.
Pada 11 Mac lalu, para pegawai CNB telah memberkas seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di Tampines Street 82 kerana disyaki mengedar dadah.
CNB merampas 160 gram dadah Ice dan 42 gram Ecstasy dalam serbuan ke atas rumah suspek.
Pada hari yang sama, seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang wanita berusia 41 tahun, yang kedua-duanya adalah rakyat tempatan, telah diberkas dalam serbuan CNB di Bishan Street 12.
Mereka berdua disyaki mengedar dadah.
CNB merampas sekitar 430 gram heroin, 28 gram Ice, 14 gram ganja dan 46 pil Erimin-5 dari pelbagai bahagian dalam rumah tersebut.
Siasatan terhadap semua suspek masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.