Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

759 disiasat susuli operasi terbesar polis sejak pandemik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 759 orang disiasat polis kerana pelbagai kesalahan, berikutan satu operasi penguatkuasaan seluruh negara selama lebih tiga minggu.

Operasi itu adalah yang terbesar dilakukan sejak pandemik melanda.

Ia melibatkan lebih 1,300 anggota polis.

Matlamatnya untuk membanteras jenayah dan kegiatan haram lain seperti perjudian tanpa lesen, pelacuran dan dadah.

Salah satu operasi dijalankan di pusat hiburan karaoke di pusat beli-belah Textile Centre pada minggu lepas.

44 orang  ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Mereka adalah sebahagian daripada 140 orang yang ditahan dalam operasi bersama tiga hari yang diketuai Divisyen Polis Central.

Polis menyatakan pihaknya akan meningkatkan usaha untuk membanteras jenayah dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

Polis juga menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada agar tidak menjadi mangsa penjenayah semasa menyertai perayaan akhir tahun.

Sumber : CNA/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan