Skip to main content

Singapura

75% kanak-kanak terlibat dalam nahas semasa naiki teksi tidak pakai kelengkapan keselamatan

Sehingga 75 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan semasa menaiki teksi didapati tidak memakai kelengkapan keselamatan yang sepatutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
75% kanak-kanak terlibat dalam nahas semasa naiki teksi tidak pakai kelengkapan keselamatan

(Gambar fail: ComfortDelGro)

Diterbitkan : 05 Jun 2021 05:43PM Dikemas Kini : 05 Jun 2021 05:52PM

SINGAPURA: Sehingga 75 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan semasa menaiki teksi didapati tidak memakai kelengkapan keselamatan yang sepatutnya.

Kadar itu yang diberikan sebuah hospital adalah lebih tinggi berbanding 50 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan semasa menaiki kereta privet.

Anak-anak berisiko mengalami kerosakan otak, bahkan kehilangan jiwa jika ibu bapa tidak menggunakan tempat duduk yang sesuai untuk mereka semasa di dalam kenderaan.

"Jika seorang kanak-kanak tidak menggunakan kerusi keselamatan yang sewajarnya, budak itu boleh tercampak daripada kereta, atau melorot dari tempat duduk dan mengalami kecederaan sangat teruk yang boleh membawa maut ataupun kerosakan kekal pada otak dan pada organ-organ lain," kata Profesor Madya ChonG Shu Ling, doktor staf kanan, Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Kelengkapan itu bagaimanapun tidak diwajibkan bagi teksi kerana beberapa faktor seperti sukar untuk para pemandu memasang dan menanggalkan kerusi tersebut bagi setiap perjalanan memandangkan teksi boleh ditempah dari tepi jalan.

Namun, pengendali teksi tidak seharusnya dipertanggungjawabkan bulat-bulat.

Ujian selama sembilan bulan dijalankan oleh SMRT untuk melengkapi 1,750 teksinya dengan tempat duduk kanak-kanak. Namun kadar penggunaannya agak rendah disebabkan oleh kurangnya permintaan oleh penumpang untuk menggunakannya.

Oleh itu, seorang penasihat keselamatan kanak-kanak dari Amerika Syarikat berkata anak kunci bagi mengatasi masalah itu adalah melalui pendidikan, meningkatkan kesedaran dan merubah pemikiran orang-orang Singapura tentang penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kereta.

"Kuncinya adalah pendidikan dan meningkatkan kesedaran, serta anjakan minda atau budaya dari segi bagaimana penduduk Singapura memandang dan menggunakan tempat duduk kanak-kanak," kata Cik Elise Mawson, pengarah urusan Taxi Baby yang menjual pelbagai tempat duduk khas untuk kanak-kanak.

Dengan meningkatnya kesedaran, Cik Mawson berharap lebih ramai kanak-kanak akan lebih selamat semasa menaiki teksi. 

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita