75% firma peroleh akses lebih baik kepada pasaran luar melalui FTA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 75 peratus perniagaan mendapat akses lebih baik kepada pasaran luar menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Ini lebih tinggi berbanding 50 peratus perniagaan pada 2021.
Bukan itu sahaja, kos berniaga di pasaran luar negara juga lebih rendah bagi mereka.
Demikian antara hasil tinjauan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang dijalankan pada suku akhir tahun lalu.
Lebih 800 syarikat merentasi pelbagai sektor seperti kewangan, pengilangan dan runcit mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.
Salah satu dapatan utama tinjauan itu adalah lebih banyak firma kini lebih mengetahui dan biasa dengan FTA.
Persepsinya naik daripada 62 peratus pada 2021, kepada 85 peratus tahun lalu.
Ini termasuk FTA Perjanjian Perdagangan Tukar Beli Barangan ASEAN dan FTA ASEAN-China.
Sungguhpun demikian, sesetengah syarikat menyatakan FTA tidak membawa manfaat kepada pihaknya.
Sebanyak 43 peratus responden menyatakan FTA sama ada tidak relevan kepada perniagaan masing-masing sementara 25 peratus syarikat tidak tahu banyak tentang FTA.
"Jika anda tanya saya, apakah antara negara di mana syarikat-syarikat semakin berminat untuk menebarkan sayapnya, yang tidak diliputi di bawah FTA, saya rasa kami mengintai pasaran yang lebih jauh, bahkan Amerika Latin dan sebagainya. Saya tahu pemerintah kita sedang giat berusaha untuk cuba memeterai FTA dengan negara-negara di rantau itu juga," kata Kok Ping Soon, Ketua Pegawai Eksekutif, SBF.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.