Skip to main content

Singapura

7,400 denda dikeluarkan pada separuh pertama 2022 bagi kesalahan merokok di tempat larangan

Anggaran Waktu Membaca:
7,400 denda dikeluarkan pada separuh pertama 2022 bagi kesalahan merokok di tempat larangan

(Gambar fail: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 29 Sep 2022 03:17PM Dikemas Kini : 29 Sep 2022 03:18PM
SINGAPURA: Sekitar 7,400 denda dikeluarkan dalam separuh pertama 2022 bagi kesalahan merokok di tempat larangan. Ini sedang tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang merokok di tempat-tempat larangan baru bermula Sabtu (1 Okt).

Pada 2021, lebih 13,000 denda dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat larangan.

Pada masa itu, hampir 40 peratus daripada tindakan penguatkuasaan itu diambil kerana merokok di tempat larangan di koridor umum, tangga, kolong blok dan lobi lif di estet Lembaga Perumahan, sedang lebih ramai orang bekerja dari rumah.

Demikian didedahkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan media pada Mac lalu.

Mulai 1 Oktober, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang merokok di lebih banyak taman awam dan beberapa kawasan di bawah Program Air Aktif, Bersih, Cantik (ABC Waters) serta 10 pantai riadah.

Terdapat lebih 100 kawasan di bawah kategori tersebut, iaitu penambahan kepada senarai yang merangkumi lebih 49,000 tempat, di mana merokok tidak dibenarkan. Ini termasuk pusat hiburan, pusat beli-belah, perhentian bas dan kawasan umum di bangunan perumahan.

Sementara itu, merokok sudahpun dilarang di beberapa ruang menghijau termasuk taman kejiranan di estet perumahan awam dan privet, kolam air dan hutan simpanan.

Dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (29 Sep), NEA, NParks, PUB dan Sentosa Development Corporation (SDC) menyatakan bahawa para pegawai mereka diberi kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan merokok di tempat larangan baru.


Mereka yang ditangkap merokok boleh berdepan dengan denda kompisisi bernilai S$200.

Untuk membenarkan para perokok menyesuaikan diri dengan taman-taman di mana mereka tidak dibenarkan merokok, Kawasan Dibolehkan Merokok (DSA) disediakan di beberapa taman lebih besar dan dalam kawasan tiga pantai di Sentosa.

Selain itu, papan tanda, poster dan sepanduk "No Smoking by law" juga sudah dipasang di lokasi bebas merokok sebagai peringatan visual, menurut kenyataan tersebut.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita