Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

74 pertubuhan diiktiraf Champions of Good, naik 20% berbanding tahun lalu

Sifat dermawan pihak korporat kian meningkat meskipun terjejas oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
74 pertubuhan diiktiraf Champions of Good, naik 20% berbanding tahun lalu

(Gambar: Facebook/NVPC)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 07:23PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 07:26PM

SINGAPURA: Sifat dermawan pihak korporat kian meningkat meskipun terjejas oleh pandemik COVID-19.

74 pertubuhan diiktiraf di bawah satu rangka kerja kebangsaan, Champions of Good tahun ini.

Jumlah syarikat yang diiktiraf tahun ini meningkat hampir 20 peratus berbanding tahun lalu.

Menurut Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), lebih banyak syarikat kini berbuat baik.

Ini jelas dilihat daripada jumlah rekod para pemenang kali pertama dan pemenang berulang.

Di antara para pemenang tiga kali adalah Mediacorp, Bank DBS dan Dynasty Travel.

Kempen tahun ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di mana beliau menekankan pentingnya berbuat baik di tengah-tengah pandemik yang mengganggu kehidupan dan mata pencarian ramai orang di merata dunia.

"Ada satu sinar harapan di sebalik krisis ini, iaitu bagaimana pandemik ini telah mengukuhkan matlamat kita sebagai satu bangsa dan telah mewujudkan yang terbaik di dalam diri kita semua.

"Banyak syarikat telah menghulurkan bantuan semasa krisis ini untuk menyokong para anggota masyarakat yang lemah, dan telah menyatukan kakitangan dan pihak-pihak berkepentingan untuk menyokong nasib mereka," kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan