Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

733 pegawai tentera dan bukan tentera MINDEF dan SAF terima Anugerah Hari Kebangsaan 2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 758 anugerah Hari Kebangsaan diberikan kepada para pegawai tentera dan bukan tentera dari MINDEF dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). 

Para penerima anugerah diiktiraf atas prestasi cemerlang dan dedikasi mereka terhadap keselamatan negara.

Majlis Anugerah Hari Kebangsaan itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad.

Di majlis tersebut, lebih 500 kakitangan menerima Pingat Setia Bakti kerana sudah lebih 25 tahun dalam perkhidmatan.

25 kakitangan pula dianugerahkan dengan dua pingat - Pingat Bakti Setia dan Pingat Berkebolehan atau Kepujian. 

2WO (NS) MOHAMAD HAMDAN ISMAIL TERIMA PINGAT BAKTI SETIA DAN PINGAT BERKEBOLEHAN 

Antara penerimanya adalah Pegawai Waran 2 (NS) Mohamad Hamdan Ismail, yang sudah 25 tahun berkhidmat dengan SAF. 

Pegawai berusia 46 tahun itu berkhidmat sebagai Pegawai automatif di Batalion Penyelenggaraan Sokongan Am serta menjadi pelatih untuk juruteknik-juruteknik automotif baru. 

Meskipun tidak lagi berkhidmat sepenuh masa dengan SAF sejak 2017, Pegawai Waran 2 (NS) Hamdan terus berbakti kepada negara dengan menyertai Skim Relawan NS (ROVERS).

Kini, Pegawai Waran 2 (NS) Hamdan memikul tanggungjawab sebagai Sarjan Mejar Rejimen (RSM) bagi Batalion Sokongan Perkhidmatan Tempur 33.

Ini di samping tugas sepenuh masa sebagai Pengurus Projek di Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Khidmat cemerlang dan dedikasi Pegawai Waran 2 (NS) Hamdan terhadap keselamatan negara diiktiraf hari ini (31 Mei).

Beliau dianugerahkan Pingat Berkebolehan dan Pingat Bakti Setia di di Majlis Anugerah Hari Kebangsaan 2022. 

"Saya rasa amat terperanjat untuk menerima anugerah ini. Saya berasa bangga kerana perkhidmatan saya diterima dan diberi anugerah tersebut," kata beliau. 

Menurut Pegawai Waran 2 (NS) Hamdan sering menekankan betapa pentingnya perkhidmatan negara kepada tiga anak lelakinya, serta berkongsi pengalaman menjalani latihan di kem (ICT) bersama mereka. 

"Untuk anak-anak saya, saya selalu berbincang dengan mereka pentingnya untuk berkhidmat untuk negara. Saya juga membawa mereka ke tempat-tempat seperti Bukit Chandu untuk memberitahu mereka apa yang terjadi kepada Singapura sebelum ini dan kenapa penting untuk kita berkhidmat untuk negara," kongsi Pegawai Waran 2 (NS) Hamdan.

Tambahnya, beliau ingin menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya agar mereka berfikiran fikiran positif apabila menjalani perkhidmatan negara mereka kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan